1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa
pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah
cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal
indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila
perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang
dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda
telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak
terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya
imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa
yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan
sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna
memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata
terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan,
kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu
sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi
percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan
kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.
Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak
bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat
menggoncangkan jiwa.
0 komentar:
Posting Komentar